Pages

Sunday 21 April 2013

PANDUAN KEPADA BAKAL PENGANTIN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN NIKAH








ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T..

Kepada bakal pasangan suami isteri di Kedah, berikut merupakan panduan-panduan kepada anda untuk mengisi borang bagi kebenaran berkahwin:

1. BAHAGIAN LELAKI

Langkah-langkah:

i. Borang nikah iaitu Borang Am 1 dan Borang Am 2 dan Borang HIV. (Boleh didapati daripada Imam masjid dan Pejabat Agama Daerah)

ii. Isi semua ruang yang dissediakan dengan tulisan rumi@jawi (Ket. Lelaki dan Perempuan)

iii. Dapatkan pengesahan@Cop Imam Masjid. (Pastikan alamat di Kad Pengenalan sama dengan alamat tempat tinggal sekarang)

iv. Isi maklumat borang HIV dan dapatkan pengesahan anak Qariah daripada Imam.

v. Bawa dan serahkan semua borang yang telah lengkap beserta dengan sijil kursus ke Pejabat Agama untuk mendapat kebenaran nikah.

vi. Bayaran RM4.00 untuk surat kebenaran nikah.

vii. Setelah kebenaran nikah di keluarkan oleh Pejabat Agama sila serah kebenaran tersebut kepada pihak pengantin perempuan yang berada di daerah lain.

Atau jika pasangan berada dalam satu daerah pasangan boleh hadir secara serentak ke Pejabat Agama dan hanya satu kebenaran untuk berkahwin di keluarkan dan kemudian kebenaran tersebut di serahkan kepada Imam sebelah pengantin perempuan untuk upacara akad nikah.



2. BAHAGIAN PEREMPUAN

Langkah-langkah:

i. Dapatkan Borang Nikah Am 2 dan Borang (SIMPI) Sistem Maklumat Islam dan Borang HIV. (Boleh didapati daripada imam-imam masjid dan Pejabat Agama)

ii. Isi semua borang yang di sediakan dengan tulisan rumi@jawi. (Ket. Lelaki dan Perempuan)

iii. Dapatkan pengesahan@cop Imam Masjid (Pastikan alamat di Kad Pengenalan sama dengan alamat tempat tinggal sekarang). Sekiranya ada perubahan alamat sila dapatkan pengesahan anak Qariah daripada Imam.

iv. Isi maklumat borang HIV dan dapatkan pengesahan klinik kesihatan terdekat.

v. Bawa kebenaran nikah pengantin lelaki (Kebenaran nikah luar daerah) dan serahkan semua borang pengantin perempuan (Borang Am 2) dan boring SIMPI yang telah lengkap beserta dengan sijil kursus ke Pejabat Agama untuk mendapatkan kebenaran nikah.

vi. Bayaran RM4.00 untuk kebenaran nikah.

vii. Setelah kebenaran nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama sila serah kebenaran tersebut kepada Imam kawasan untuk upacara akad nikah.

Atau jika pasangan berada dalam satu daerah pasangannya boleh hadir secara serentak ke Pejabat Agama dan hanya satu kebenaran dikeluarkan untuk upacara akad nikah.

No comments:

Post a Comment