Pada 15 dan 16 Mac 2013 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam bertempat di Dewan Kuliah 1 Politeknik Sultan Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kursus selama dua hari ini yang melibatkan seramai 235 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-3 anjuran Jabatan Pengajian Am POLIMAS dengan kerjasama Syarikat Kalam Muslim Enterprise.
Antara beberapa objektif kursus seumpama
ini di adakan adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan kepada para pelajar POLIMAS untuk memahami serta mendalami ilmu yang dipelajari di dalam kelas.
- Memberi peluang dan ruang kepada para pelajar dan staf Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menyertai & mengikuti kursus pra-perkahwinan di dalam kampus POLIMAS.
- Sebagai pendedahan kepada para peserta berkenaan hal-hal sebelum dan semasa berumahtangga.
Pendaftaran untuk kursus ini telah dibuka
selama 7 hari bermula dari 3 hingga 11 Mac 2013 bertempat di sebelah Koperasi
POLIMAS bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Penyertaan adalah terbuka
kepada semua pelajar dan kakitangan POLIMAS. Namun begitu, penyertaan dari
peserta luar juga amat dialu-alukan.
Program ini telah dilaksanakan di Dewan Kuliah
1, POLIMAS. Pengisian Kursus Pra Perkahwinan ini adalah mengikut Modul
Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merangkumi beberapa siri ceramah yang telah
ditetapkan dan diwajibkan kepada semua peserta mengikutinya sebagai syarat yang
paling utama untuk memperoleh sijil.
Penyerahan sijil kepada para peserta
dibuat pada 20 Mac 2013 iaitu pada hari Rabu empat hari setelah berakhirnya
kursus. Kaunter penyerahan sijil telah dibuka di hadapan Dewan Kuliah 1 bermula
dari jam 10 pagi hinggalah jam 4 petang. Hampir semua peserta mendapat sijil
mereka pada tarikh tersebut.
Sesi ceramah telah ditetapkan
sebanyak sembilan tajuk yang diisi oleh 6 orang penceramah daripada Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Antara penceramah yang terlibat sepanjang
dua hari tersebut adalah:
- Puan Noraini Ishak
- Syeikh Ismi Anuar Bin Abd Halim
- Syeikh Hazizan Bin Mat Desa
- Syeikh Azahari Bin Mohamad
- Syeikh Yusuf Bin Ahmad
- Syeikh Roshidi Bin Mahmud
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 017-5767433. Terima kasih.
ReplyDelete