Pages

Monday 1 April 2013

LAPORAN KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 2 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)





       Pada 21 dan 22 September 2012 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam bertempat di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2 Politeknik Sultan Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kursus selama dua hari yang melibatkan 233 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-2 anjuran Jabatan Pengajian Am POLIMAS dengan kerjasama Syarikat Kalam Muslim Enterprise.

     Pendaftaran untuk kursus ini mula dibuka pada tarikh 9 September sehingga 13 September. Namun disebabkan oleh masih banyak permintaan untuk mendaftar, tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga pada 18 September iaitu selama 8 hari. Kaunter pendaftaran telah dibuka di Student Mall POLIMAS iaitu dari jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari manakala kaunter di Pejabat Asrama KAMSIS dibuka pada waktu malam iaitu pada jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan POLIMAS. Namun begitu, penyertaan dari peserta luar juga amat dialu-alukan.

    Para peserta dibahagikan kepada dua dewan iatu seramai 130 orang peserta di Dewan Kuliah 1 manakala seramai 103 orang peserta pula di Dewan Kuliah 2. Pengisian Kursus Pra Perkahwinan ini adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sendiri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merangkumi beberapa siri ceramah yang telah ditetapkan dan diwajibkan kepada semua peserta mengikutinya sebagai syarat untuk memperoleh sijil.

    Seramai 233 orang peserta telah mendaftar sepanjang hari pendaftaran iaitu seramai 71 orang peserta lelaki dan 162 orang peserta perempuan termasuk juga penyertaan dari peserta luar daripada POLIMAS. Manakala bagi pelajar semester 2 boleh juga mendaftar melalui pensyarah kelas Pendidikan Islam masing-masing. 

     Para peserta diberi jamuan ketika waktu rehat pada kedua-dua hari kursus dan kelihatan tiada sebarang masalah aduan ketidakpuasan daripada mana-mana peserta. Sepanjang dua hari kursus berlangsung, kelihatan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Majoriti peserta datang awal untuk menandatangani senarai kehadiran iaitu pada waktu pagi hari pertama sehinggalah pada waktu petang hari akhir program. 

     Penyerahan sijil kepada para peserta dibuat pada 26 September 2012 iaitu pada hari Rabu empat hari setelah berakhirnya kursus. Kaunter penyerahan sijil telah dibuka di Student Mall bermula dari jam 10 pagi hinggalah jam 5 petang. Hampir semua peserta mendapat sijil mereka pada tarikh tersebut.

      Sesi ceramah sepanjang hari kursus untuk kedua dewan telah ditetapkan sebanyak sembilan tajuk yang diisi oleh 9 orang penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Antara penceramah yang terlibat sepanjang dua hari tersebut adalah:

i.    Puan Che Siah Binti Omar

ii.   Syeikh Ismi Anuar Bin Hj Abdul Halim

iii.  Syeikh Ahmad Muzammil Bin Yub

iv.  Syeikh Yusuf Bin Ahmad

v.  Syeikh Roshidi Bin Mahmud

vi. Syeikh Radzi Bin Abdul Mutalib

vii. Ustaz Jamaluddin

viii. Puan Noraini Binti Ishak

ix.  Syeikh Azahari Bin Mohamad


       Secara keseluruhannya kursus ini berjalan dengan baik dan lancar. Hampir semua peserta telah lulus di dalam kursus tersebut dan telah diberikan sijil yang melayakkan mereka untuk berkahwin dimana-mana tempat seluruh Malaysia. Diharapkan semoga kursus seumpama ini akan terus dimantapkan lagi bagi memudahkan segala urusan pada masa depan.








1 comment:

  1. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 017-5767433.

    ReplyDelete