Tahukan anda, mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya yang tersendiri.
1. MUDAH
Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas
al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur,
Analisis dan Sentisis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336
bunyi dengan baik dan tepat.Seterusnya INSYA ALLAH dapat membaca Al-Quran dengan baik.
2. PADAT
Untuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan
sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang
ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku
Tamhid (asas) sudah cukup untuk mempelajari asas Al-Quran.
3. MENARIK
Teknik ini sangat menarik kerana di
dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera
penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan)
dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad
imbasan dan permainan ʻPlaytimeʼ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah
yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.
4. CEPAT
Oleh kerana bilangan mukasuratnya yang
sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka
surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan 22 hari sahaja untuk
membolehkan seseorang itu dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya
dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari)
sahaja untuk dapat membaca al-Quran.
5. SESUAI
Kaedah TERBAIK ialah
kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti
Teknik Al Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira
perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang.
Bagi mereka yang masih belum mempelajari asas Al-Quran teknik ini
mampu membantu anda mempelajari asas Al-Quran. Manakala bagi mereka yang
telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk menjadi lebih mahir dan boleh digunakan untuk
membimbing orang lain mempelajari asas al-Quran.
6. TERBUKTI
Teknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu
lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu
dengan bacaan secara ʻTartilʼ. Kini masyarakat telah menerima teknik ini
sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah
diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.
7. YURAN BERPATUTAN
Yuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi
amat berpatutan. Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1
sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih
berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat
membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w.
8. MENGAKTIFKAN MINDA
Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran
(minda)melalui otak. Otak kiri dan otak kanan mempunyi tugas dan
fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan alat ketuk dalam
teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara
fisiologinya otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri.
Melalui penggunaan alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri
dan kanan akan terangsang secara fisiologinya kerana hasil kombinasi
pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang
diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 kerana hasil
kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang
diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 makhraj huruf
hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan
dapat memberikan fokus ketika belajar. makhraj huruf hijaiyah .
Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat
memberikan fokus ketika belajar.
9. PILIHAN SESI
Program Kelab Al-Baghdadi di adakan di seluruh
Program Kelab Al-Baghdadi di adakan di seluruh Al-Baghdadi
Training Al-Baghdadi Training Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning
Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta
boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi
petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.
10. PILIHAN LOKASI
Kini teknik ini boleh dipelajari di
pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi
yang berhampiran anda, HUBUNGI 017-5767433 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment