Pages

Sunday 21 April 2013

PANDUAN KEPADA BAKAL PENGANTIN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN NIKAH








ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T..

Kepada bakal pasangan suami isteri di Kedah, berikut merupakan panduan-panduan kepada anda untuk mengisi borang bagi kebenaran berkahwin:

1. BAHAGIAN LELAKI

Langkah-langkah:

i. Borang nikah iaitu Borang Am 1 dan Borang Am 2 dan Borang HIV. (Boleh didapati daripada Imam masjid dan Pejabat Agama Daerah)

ii. Isi semua ruang yang dissediakan dengan tulisan rumi@jawi (Ket. Lelaki dan Perempuan)

iii. Dapatkan pengesahan@Cop Imam Masjid. (Pastikan alamat di Kad Pengenalan sama dengan alamat tempat tinggal sekarang)

iv. Isi maklumat borang HIV dan dapatkan pengesahan anak Qariah daripada Imam.

v. Bawa dan serahkan semua borang yang telah lengkap beserta dengan sijil kursus ke Pejabat Agama untuk mendapat kebenaran nikah.

vi. Bayaran RM4.00 untuk surat kebenaran nikah.

vii. Setelah kebenaran nikah di keluarkan oleh Pejabat Agama sila serah kebenaran tersebut kepada pihak pengantin perempuan yang berada di daerah lain.

Atau jika pasangan berada dalam satu daerah pasangan boleh hadir secara serentak ke Pejabat Agama dan hanya satu kebenaran untuk berkahwin di keluarkan dan kemudian kebenaran tersebut di serahkan kepada Imam sebelah pengantin perempuan untuk upacara akad nikah.



2. BAHAGIAN PEREMPUAN

Langkah-langkah:

i. Dapatkan Borang Nikah Am 2 dan Borang (SIMPI) Sistem Maklumat Islam dan Borang HIV. (Boleh didapati daripada imam-imam masjid dan Pejabat Agama)

ii. Isi semua borang yang di sediakan dengan tulisan rumi@jawi. (Ket. Lelaki dan Perempuan)

iii. Dapatkan pengesahan@cop Imam Masjid (Pastikan alamat di Kad Pengenalan sama dengan alamat tempat tinggal sekarang). Sekiranya ada perubahan alamat sila dapatkan pengesahan anak Qariah daripada Imam.

iv. Isi maklumat borang HIV dan dapatkan pengesahan klinik kesihatan terdekat.

v. Bawa kebenaran nikah pengantin lelaki (Kebenaran nikah luar daerah) dan serahkan semua borang pengantin perempuan (Borang Am 2) dan boring SIMPI yang telah lengkap beserta dengan sijil kursus ke Pejabat Agama untuk mendapatkan kebenaran nikah.

vi. Bayaran RM4.00 untuk kebenaran nikah.

vii. Setelah kebenaran nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama sila serah kebenaran tersebut kepada Imam kawasan untuk upacara akad nikah.

Atau jika pasangan berada dalam satu daerah pasangannya boleh hadir secara serentak ke Pejabat Agama dan hanya satu kebenaran dikeluarkan untuk upacara akad nikah.

Thursday 18 April 2013

TARIKH-TARIKH BAGI KURSUS PERKAHWINAN SEKITAR JITRA DAN ALOR SETAR



ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Tahukah anda, bagi mana-mana pasangan yang ingin berkahwinan di Malaysia hendaklah mengikuti kursus perkahwinan yang menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) daripada Jabatan Agama Negeri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?

Begitu juga di Kedah. Bagi penduduk disekitar Jitra dan Alor Setar, Syarikat Kalam Muslim ada menyediakan kursus Pra-Perkahwinan Islam kepada bakal-bakal pengantin dengan kadar bayaran yang berpatutan serta mendapat kelulusan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Berikut merupakan tarikh-tarikh penting kursus perkahwinan:


Berikut merupakan jadual waktu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur kepada para peserta:

Diharap para peserta mengikut jadual sepertimana yang telah ditetapkan bagi membolehkan anda untuk mendapat sijil untuk melayakkan anda untuk berkahwin di seluruh Malaysia. Sebelum itu, sepanjang anda mengikuti kursus, terdapat beberapa modul MBKPPI yang perlu anda ikuti sepertimana rajah di bawah:


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kursus perkahwinan anjuran Syarikat Kalam Muslim, anda boleh menghubungi 017-5767433 atau Pejabat 04-9163385. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan. 



Monday 15 April 2013

10 SEBAB MENGAPA PERLU BELAJAR AL-QURAN MENGGUNAKAN TEKNIK AL-BAGHDADI






Tahukan anda, mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya yang tersendiri. 

1. MUDAH 
Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sentisis)  kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat.Seterusnya INSYA ALLAH dapat membaca Al-Quran dengan baik.

2. PADAT
Untuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku Tamhid (asas) sudah cukup untuk  mempelajari asas Al-Quran.

3. MENARIK
Teknik ini sangat menarik kerana di dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan)  dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan ʻPlaytimeʼ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.

4. CEPAT
Oleh kerana bilangan mukasuratnya yang sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan  22 hari sahaja untuk membolehkan seseorang itu  dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari) sahaja untuk dapat membaca al-Quran. 


5. SESUAI
Kaedah TERBAIK ialah kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti Teknik Al Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang. Bagi mereka yang masih belum  mempelajari asas Al-Quran teknik ini mampu membantu anda mempelajari asas Al-Quran.  Manakala bagi mereka yang telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk  menjadi lebih mahir dan boleh digunakan untuk  membimbing orang lain mempelajari asas al-Quran.

6. TERBUKTI
Teknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ʻTartilʼ. Kini masyarakat telah menerima teknik ini sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.

7. YURAN  BERPATUTAN
Yuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi amat berpatutan.  Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1 sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan   oleh Rasulullah s.a.w. 

8. MENGAKTIFKAN MINDA

Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran (minda)melalui otak. Otak kiri dan  otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan  alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan  alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya  kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang  diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi  29  kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang  diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi  29  makhraj huruf hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar. makhraj huruf hijaiyah . Proses  pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar.

9. PILIHAN SESI
Program Kelab Al-Baghdadi di adakan di seluruh  Program Kelab Al-Baghdadi  di adakan di seluruh Al-Baghdadi Training  Al-Baghdadi Training  Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.

10. PILIHAN LOKASI
Kini teknik ini boleh dipelajari di pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi yang berhampiran anda, HUBUNGI 017-5767433 untuk maklumat lanjut.

Monday 8 April 2013

LAPORAN KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 3 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)




       
Pada 15 dan 16 Mac 2013 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam bertempat di Dewan Kuliah 1 Politeknik Sultan Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kursus selama dua hari ini yang melibatkan seramai 235 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-3 anjuran Jabatan Pengajian Am POLIMAS dengan kerjasama Syarikat Kalam Muslim Enterprise.

       Antara beberapa objektif kursus seumpama ini di adakan  adalah seperti berikut:
  1.   Memberi pendedahan kepada para pelajar POLIMAS untuk memahami serta mendalami ilmu yang dipelajari di dalam kelas.
  2.    Memberi peluang dan ruang kepada para pelajar dan staf Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menyertai & mengikuti kursus pra-perkahwinan di dalam kampus POLIMAS.
  3.     Sebagai pendedahan kepada para peserta berkenaan hal-hal sebelum dan semasa berumahtangga.
       Pendaftaran untuk kursus ini telah dibuka selama 7 hari bermula dari 3 hingga 11 Mac 2013 bertempat di sebelah Koperasi POLIMAS bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan POLIMAS. Namun begitu, penyertaan dari peserta luar juga amat dialu-alukan.

       Program ini telah dilaksanakan di Dewan Kuliah 1, POLIMAS. Pengisian Kursus Pra Perkahwinan ini adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merangkumi beberapa siri ceramah yang telah ditetapkan dan diwajibkan kepada semua peserta mengikutinya sebagai syarat yang paling utama untuk memperoleh sijil.

       Penyerahan sijil kepada para peserta dibuat pada 20 Mac 2013 iaitu pada hari Rabu empat hari setelah berakhirnya kursus. Kaunter penyerahan sijil telah dibuka di hadapan Dewan Kuliah 1 bermula dari jam 10 pagi hinggalah jam 4 petang. Hampir semua peserta mendapat sijil mereka pada tarikh tersebut.

Sesi ceramah telah ditetapkan sebanyak sembilan tajuk yang diisi oleh 6 orang penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Antara penceramah yang terlibat sepanjang dua hari tersebut adalah:

-         Puan Noraini Ishak
-         Syeikh Ismi Anuar Bin Abd Halim
-         Syeikh Hazizan Bin Mat Desa
-         Syeikh Azahari Bin Mohamad
-         Syeikh Yusuf Bin Ahmad
-         Syeikh Roshidi Bin Mahmud




Monday 1 April 2013

LAPORAN KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 2 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)





       Pada 21 dan 22 September 2012 telah berlangsung satu kursus perkahwinan Islam bertempat di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2 Politeknik Sultan Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kursus selama dua hari yang melibatkan 233 orang peserta adalah merupakan siri yang ke-2 anjuran Jabatan Pengajian Am POLIMAS dengan kerjasama Syarikat Kalam Muslim Enterprise.

     Pendaftaran untuk kursus ini mula dibuka pada tarikh 9 September sehingga 13 September. Namun disebabkan oleh masih banyak permintaan untuk mendaftar, tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga pada 18 September iaitu selama 8 hari. Kaunter pendaftaran telah dibuka di Student Mall POLIMAS iaitu dari jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari manakala kaunter di Pejabat Asrama KAMSIS dibuka pada waktu malam iaitu pada jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan POLIMAS. Namun begitu, penyertaan dari peserta luar juga amat dialu-alukan.

    Para peserta dibahagikan kepada dua dewan iatu seramai 130 orang peserta di Dewan Kuliah 1 manakala seramai 103 orang peserta pula di Dewan Kuliah 2. Pengisian Kursus Pra Perkahwinan ini adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sendiri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merangkumi beberapa siri ceramah yang telah ditetapkan dan diwajibkan kepada semua peserta mengikutinya sebagai syarat untuk memperoleh sijil.

    Seramai 233 orang peserta telah mendaftar sepanjang hari pendaftaran iaitu seramai 71 orang peserta lelaki dan 162 orang peserta perempuan termasuk juga penyertaan dari peserta luar daripada POLIMAS. Manakala bagi pelajar semester 2 boleh juga mendaftar melalui pensyarah kelas Pendidikan Islam masing-masing. 

     Para peserta diberi jamuan ketika waktu rehat pada kedua-dua hari kursus dan kelihatan tiada sebarang masalah aduan ketidakpuasan daripada mana-mana peserta. Sepanjang dua hari kursus berlangsung, kelihatan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Majoriti peserta datang awal untuk menandatangani senarai kehadiran iaitu pada waktu pagi hari pertama sehinggalah pada waktu petang hari akhir program. 

     Penyerahan sijil kepada para peserta dibuat pada 26 September 2012 iaitu pada hari Rabu empat hari setelah berakhirnya kursus. Kaunter penyerahan sijil telah dibuka di Student Mall bermula dari jam 10 pagi hinggalah jam 5 petang. Hampir semua peserta mendapat sijil mereka pada tarikh tersebut.

      Sesi ceramah sepanjang hari kursus untuk kedua dewan telah ditetapkan sebanyak sembilan tajuk yang diisi oleh 9 orang penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Antara penceramah yang terlibat sepanjang dua hari tersebut adalah:

i.    Puan Che Siah Binti Omar

ii.   Syeikh Ismi Anuar Bin Hj Abdul Halim

iii.  Syeikh Ahmad Muzammil Bin Yub

iv.  Syeikh Yusuf Bin Ahmad

v.  Syeikh Roshidi Bin Mahmud

vi. Syeikh Radzi Bin Abdul Mutalib

vii. Ustaz Jamaluddin

viii. Puan Noraini Binti Ishak

ix.  Syeikh Azahari Bin Mohamad


       Secara keseluruhannya kursus ini berjalan dengan baik dan lancar. Hampir semua peserta telah lulus di dalam kursus tersebut dan telah diberikan sijil yang melayakkan mereka untuk berkahwin dimana-mana tempat seluruh Malaysia. Diharapkan semoga kursus seumpama ini akan terus dimantapkan lagi bagi memudahkan segala urusan pada masa depan.