1. Membersihkan mulut dari bau
yang tidak enak ketika hendak mendatangi masjid .
2. Membaca sholawat atas nabi dan
berdoa ketika hendak masuk ketika telah sampai pada pintunya.
3. Ketika masuk mendahulukan kaki
kanan sedangkan ketika keluar melangkahkan kaki kiri.
4. Menunaikan hak masjid iaitu melakukan
solat dua rakaat sebelum duduk (solat tahiyatul masjid) bila mana pun seseorang
masuk dan walaupun sudah terlanjur duduk sebelum solat.
5. Tidak mengumumkan barang yang
hilang di dalamnya.
6. Tidak melakukan jual beli di
dalamnya.
7. Tidak mengeraskan suara ketika
berbicara.
8. Tidak membaca syair-syair yang
mengandung makna syirik dan mungkar, sedangkan jika mengandung makna yang benar
seperti makna tauhid dan ketaatan tidaklah terlarang selama tidak menjadikan
orang lain yang ada di masjid tersibukkan dengannya dari ibadahnya.
9. Tidur di dalam masjid
dibolehkan baik laki-laki maupun perempuan , terlebih lagi bagi para musafir
dan orang yang tidak memiliki rumah atau karena ada hajat .
10. Berniat iktikaf di dalam
masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud beribadah kerana
Allah.
11. Menunaikan solat dalam
keadaan tenang dan tidak gopoh.
12. Sebaik-baiknya
bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )
13. Elakkan daripada keluar dari
masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.
14. Elakkan dari
melangkah tengkuk para jemaah yang lain
15. Elakkan dari
memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah .
16. Jaga kebersihan.
17. Menjauhkan diri
daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid.
18. Menjawab azab ketika
berkumandang.
19. Elakkan dari bercakap
perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan.
WaLlahu 'alam.
No comments:
Post a Comment