Pages

Wednesday 22 October 2014

ADAB-ADAB KETIKA KE MASJID DAN SEMASA DI MASJID



1. Membersihkan mulut dari bau yang tidak enak ketika hendak mendatangi masjid .

2. Membaca sholawat atas nabi dan berdoa ketika hendak masuk ketika telah sampai pada pintunya.

3. Ketika masuk mendahulukan kaki kanan sedangkan ketika keluar melangkahkan kaki kiri.

4. Menunaikan hak masjid iaitu melakukan solat dua rakaat sebelum duduk (solat tahiyatul masjid) bila mana pun seseorang masuk dan walaupun sudah terlanjur duduk sebelum solat.

5. Tidak mengumumkan barang yang hilang di dalamnya.

6. Tidak melakukan jual beli di dalamnya.

7. Tidak mengeraskan suara ketika berbicara.

8. Tidak membaca syair-syair yang mengandung makna syirik dan mungkar, sedangkan jika mengandung makna yang benar seperti makna tauhid dan ketaatan tidaklah terlarang selama tidak menjadikan orang lain yang ada di masjid tersibukkan dengannya dari ibadahnya.

9. Tidur di dalam masjid dibolehkan baik laki-laki maupun perempuan , terlebih lagi bagi para musafir dan orang yang tidak memiliki rumah atau karena ada hajat .

10. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud  beribadah kerana Allah. 

11. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh.

12. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )

13. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.

14. Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain

15. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah . 

16.  Jaga kebersihan.

17.  Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid.

18.  Menjawab azab ketika berkumandang. 

19. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 

WaLlahu 'alam.

Thursday 16 October 2014

KELEBIHAN MELANGKAH KE MASJID







  • Sentiasa Didoakan Malaikat 
Daripada Abu Hurairah r.a, Baginda SAW bersabda: “Seseorang yang bersolat secara berjemaah mendapat pahala 25 kali ganda daripada solat di rumah atau di pasar. Sekiranya dia berwudhuk dengan sempurna, kemudian pergi ke masjid dengan niat semata-mata menunaikan solat, maka setiap langkahnya ke masjid itu akan dikurniakan satu darjat serta dihapuskan satu dosa. Apabila dia solat, malaikat sentiasa mendoakannya selama mana dia berada di tempat solatnya dengan doa : ‘Ya Allah, berselawatlah untuknya dan rahmatilah dia selagi dia masih dalam solat dan menunggu untuk solat seterusnya’.” (HR Bukhari dan Muslim)


  • Setiap Langkah Dihimpun Pahala 
Daripada Ubai bin Ka’ab r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku mengenali seorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah meninggalkan walaupun satu solat. Dikatakan kepadanya atau aku berkata kepadanya: ‘Adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggangi pergi ke masjid dan ketika waktu gelap dan panas’. Lalu dia menjawab, ‘Apa yang menggembirakan aku adalah jarak antara rumahku ke masjid, aku mahu sekiranya langkahku berulang-alik antara masjid dan ke rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya’. Rasulullah s.a.w bersabda. “Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan semuanya untukmu’.”


  • Satu Darjat Bagi Setiap Langkah 
Ada para sahabat yang mahu menjual rumah-rumahnya mereka yang jauh daripada masjid agar lebih dekat dengan masjid, bagaimanapun Rasulullah menegah mereka , sabda Baginda, “Sesungguhnya bagi setiap langkahnmu dikurniakan satu darjat.”


  • Langkah Pertama Terhapus Dosa 
Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang bersuci (berwudhuk) di rumahnya kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu yang ditetapkan Allah, maka langkah yang pertama menghapuskan dosa dan langkah yang kedua menaikkan darjat.”


  • Rumah di Syurga 
Dalam satu hadis lagi daipada Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berulang-alik ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah menjadikan untuknya sebuah rumah di syurga pada setiap waktu tersebut.”


  • Mendapat Cahaya Pada Hari Kiamat 
Daripada Beraidah bin al-Hasib al-Aslami, Nabi s.a.w bersabda : “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid di dalam kegelapan bahawa mereka akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)


Ayuh mendaftar kursus perkahwinan di Masjid Al-Muttaqin Bandar Darulaman Jitra. Hanya perlu SMS@Whatsapp Nama Penuh, No. I/C serta tarikh pilihan anda ke 017-5767433 (Ustaz Muslim).