Pages

Wednesday 22 October 2014

ADAB-ADAB KETIKA KE MASJID DAN SEMASA DI MASJID



1. Membersihkan mulut dari bau yang tidak enak ketika hendak mendatangi masjid .

2. Membaca sholawat atas nabi dan berdoa ketika hendak masuk ketika telah sampai pada pintunya.

3. Ketika masuk mendahulukan kaki kanan sedangkan ketika keluar melangkahkan kaki kiri.

4. Menunaikan hak masjid iaitu melakukan solat dua rakaat sebelum duduk (solat tahiyatul masjid) bila mana pun seseorang masuk dan walaupun sudah terlanjur duduk sebelum solat.

5. Tidak mengumumkan barang yang hilang di dalamnya.

6. Tidak melakukan jual beli di dalamnya.

7. Tidak mengeraskan suara ketika berbicara.

8. Tidak membaca syair-syair yang mengandung makna syirik dan mungkar, sedangkan jika mengandung makna yang benar seperti makna tauhid dan ketaatan tidaklah terlarang selama tidak menjadikan orang lain yang ada di masjid tersibukkan dengannya dari ibadahnya.

9. Tidur di dalam masjid dibolehkan baik laki-laki maupun perempuan , terlebih lagi bagi para musafir dan orang yang tidak memiliki rumah atau karena ada hajat .

10. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud  beribadah kerana Allah. 

11. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh.

12. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )

13. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.

14. Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain

15. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah . 

16.  Jaga kebersihan.

17.  Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid.

18.  Menjawab azab ketika berkumandang. 

19. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan. 

WaLlahu 'alam.

Thursday 16 October 2014

KELEBIHAN MELANGKAH KE MASJID







  • Sentiasa Didoakan Malaikat 
Daripada Abu Hurairah r.a, Baginda SAW bersabda: “Seseorang yang bersolat secara berjemaah mendapat pahala 25 kali ganda daripada solat di rumah atau di pasar. Sekiranya dia berwudhuk dengan sempurna, kemudian pergi ke masjid dengan niat semata-mata menunaikan solat, maka setiap langkahnya ke masjid itu akan dikurniakan satu darjat serta dihapuskan satu dosa. Apabila dia solat, malaikat sentiasa mendoakannya selama mana dia berada di tempat solatnya dengan doa : ‘Ya Allah, berselawatlah untuknya dan rahmatilah dia selagi dia masih dalam solat dan menunggu untuk solat seterusnya’.” (HR Bukhari dan Muslim)


  • Setiap Langkah Dihimpun Pahala 
Daripada Ubai bin Ka’ab r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku mengenali seorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah meninggalkan walaupun satu solat. Dikatakan kepadanya atau aku berkata kepadanya: ‘Adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggangi pergi ke masjid dan ketika waktu gelap dan panas’. Lalu dia menjawab, ‘Apa yang menggembirakan aku adalah jarak antara rumahku ke masjid, aku mahu sekiranya langkahku berulang-alik antara masjid dan ke rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya’. Rasulullah s.a.w bersabda. “Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan semuanya untukmu’.”


  • Satu Darjat Bagi Setiap Langkah 
Ada para sahabat yang mahu menjual rumah-rumahnya mereka yang jauh daripada masjid agar lebih dekat dengan masjid, bagaimanapun Rasulullah menegah mereka , sabda Baginda, “Sesungguhnya bagi setiap langkahnmu dikurniakan satu darjat.”


  • Langkah Pertama Terhapus Dosa 
Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang bersuci (berwudhuk) di rumahnya kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu yang ditetapkan Allah, maka langkah yang pertama menghapuskan dosa dan langkah yang kedua menaikkan darjat.”


  • Rumah di Syurga 
Dalam satu hadis lagi daipada Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang berulang-alik ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah menjadikan untuknya sebuah rumah di syurga pada setiap waktu tersebut.”


  • Mendapat Cahaya Pada Hari Kiamat 
Daripada Beraidah bin al-Hasib al-Aslami, Nabi s.a.w bersabda : “Berilah khabar gembira kepada orang yang berjalan ke masjid di dalam kegelapan bahawa mereka akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)


Ayuh mendaftar kursus perkahwinan di Masjid Al-Muttaqin Bandar Darulaman Jitra. Hanya perlu SMS@Whatsapp Nama Penuh, No. I/C serta tarikh pilihan anda ke 017-5767433 (Ustaz Muslim).

Sunday 21 September 2014

(RM60 SAHAJA!!) PROMOSI KURSUS KAHWIN SETIAP BULAN 2014 JITRA


Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Bandar Darulaman, Jitra dengan kerjasama Syarikat Kalam Muslim bakal menganjurkan Kursus Perkahwinan Islam secara bulanan bermula pada 25 & 26 Oktober 2014 bertempat di Dewan Masjid.

Yuran penyertaan untuk bulan Oktober 2014 ialah RM60 sahaja dan terbuka kepada orang ramai. Tempoh kursus selama dua hari bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Antara keistimewaan kursus perkahwinan ini adalah:
1) Kursus disampaikan oleh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
2) Sijil dikeluarkan oleh JHEAIK.
3) Sijil diiktiraf di seluruh Malaysia, sah seumur hidup, dan tanpa had tempoh.
4) Bahan-bahan kursus yang digunakan diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk booking tempat anda hanya perlu SMS@Whatsapp Nama Penuh, No. IC, serta Tarikh Pilihan ke 017-5767433 (Ustaz Muslim).

Thursday 14 August 2014

KURSUS KAHWIN DI JITRA PADA 22 & 23 OGOS 2014


Pihak kami akan menganjurkan kursus perkahwinan terbaru di POLIMAS pada 22 & 23 Ogos ini (hari Jumaat dan Sabtu) anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) POLIMAS.

Penyertaan masih terbuka selagi masih terdapat kekosongan tempat. Sesiapa yang berminat boleh hubungi atau SMS/Whatsapp 017-5767433.

Pendaftaran terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira pelajar atau orang awam dan tiada had umur. In sha Allah sijil kursus akan diperoleh hanya beberapa hari selepas kursus.

Sijil boleh digunakan dimana-mana negeri di Malaysia dan tiada had masa untuk menggunakannya (maksudnya kalau anda mahu menggunakannya 5 tahun lagi pun boleh).

Yuran penyertaan dengan harga paling murah buat masa ini (Tahun-tahun depan Allahu a'lam mungkin harganya akan naik).

CEPAT SEGERA DAFTAR.. TIDAK RUGI ANDA MENGAMBILNYA SEKARANG ..!!

Tuesday 13 May 2014

(RM60 SAHAJA!!) JADUAL KURSUS PERKAHWINAN SEPANJANG 2014 SEKITAR JITRA DAN ALOR SETAR

Assalamu'alaikum..

Berikut merupakan tarikh-tarikh kursus perkahwinan sehingga hujung tahun 2014 :


Antara kelebihan kursus perkahwinan bersama kami :



Antara penceramah yang akan bersama anda nanti adalah seperti berikut :

1. Tuan Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim
2. Tuan Syeikh Mohamad Yusuff Bin Ahmad
3. Tuan Syeikh Hazizan Bin Mat Desa
4. Tuan Syeikh Ahmad Muzzammil Bin Yub
5. Tuan Syeikh Azahari Bin Mohamad
6. Tuan Syeikh Alaudin Bin Dato' Abu Bakar
7. Tuan Syeikh Abdullah Bin Awang Sa
8. Tuan Syeikh Mohd Rosidi Bin Mahmud
9. Tuan Syeikh Ahmad Syukri Bin Mohamed
    dan lain-lain.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau urusan pendaftaran sila hubungi 017-5767433.

Monday 10 March 2014



Assalamualaikum...

Apa khabar semua?sudah terlalu lama admin tidak update blog dan fesbuk KM..maaf atas mesej2 yg x terbalas..harap jangan serik melawat blok dan fesbuk kami ye..huhu ;( 

Baru2 ini pada bulan FEBRUARI 2014 pihak KM telah menganjurkan satu siri kursus perkahwinan bertempat di Kolej Kejururawatan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..

Alhamdulillah dapat sambutan yg menggalakkan daripada para pelajar jururawat..in sha Allah gambar akan di upload soon..

Untuk pengetahuan anda in sha Allah dalam masa terdekat ni satu lagi kursus kahwin akan diadakan pada 21 dan 22hb MAC 2104 hari JUMAAT dan SABTU sekitar JITRA..

Jemput daftar beramai-ramai..jangan lupa ajak pasangan anda, kalau nk ajak ahli keluarga pon sgt2 dialukan..

Utk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 017-5767433..


Sunday 29 December 2013

KURSUS KAHWIN JANUARI 2014


Assalamualaikum.....

Selamat tahun baru 2014..dan selamat menempuh alam baru kepada sesiapa yang berkenaan yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini...tahniah pihak kami ucapkan..

Alhamdulillah diharapkan semoga pihak kami mendapat sedikit ganjaran di akhirat kelak sempena menjadi pemudah cara dalam proses membina 'masjid'..

Semoga bekas peserta-peserta kursus kami sedang berbahagia bersama pasangan masing-masing...tahniah sekali lagi kami ucapkan..(^_^)v...untuk tahun baru ini, kami mulakan dengan  kursus di awal-awal bulan lagi..iaitu pada 24 dan 25 haribulan iaitu hari Jumaat dan Sabtu...

Harapnya dibukalah hati sesiapa yang masih belum mengikuti kursus kahwin lagi..lebih baik anda cepat-cepat daftar...takut nanti tiba-tiba nak kahwin lupa pula sijil belum ada.. :D